Gunung Silipat, Thailand. 20-21 Julai 2019

12:42:00 pm 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum, hai readers.

Kan dah janji nk update blog pasal hiking, so here I am, perah otak untuk update dan membina ayat-ayat manis supaya korang pun terjebak, gittewww.

Ok mari kita mulakan, July 2019, on 20-21st, my friends and I pergi hiking kat Gunung Silipat, Thailand. benda ni nk kata random tak jugak. Actually nampak post dari Gunung Hub yang dieorg buat trip pergi Silipat and the cost is RM270 all-in, termasuk transport. So kiteorg pun book slot lah kan apa lagi.

Before hiking macam biasa lah baca blog-blog lain nak tengok macam mana track apa semua. Ramai review cakap track dia level easy to moderate dia. Kalau beginner sesuai sangat lah kan. So masa tu macam tenang jela tak kisah pun nk training over sangat (yakinnya kamuu) hahaha.

Basically trek nya macam ni, kawasan pokok getah.

Sebelum gerak tu, kiteorang berkumpul dekat station bas Gombak untuk naik bas pergi Thailand. Parking kereta kt situ je selamat, takde masalah. Dalam pukul 11 malam macam tu kita bergerak ke Thailand dan sempat singgah solat subuh dan breakfast kt sempadan, di Negeri Perak tp apa nama tempat I pun lupa dah, tapi kira dah betul betul sempadan Thailand.

This is us ft muka sembab, ahaha. Masa ni turun bas nk cop passport.

Ni gambar lepas Bangunan Imigresen Thailand. Yeah, Welcome to Thailand :)

Lepastu dah masuk Thailand, bas berhenti kejap dekat pekan untuk beli simkad etc, tp kiteorg chill je dalam bas tak turun pun beli simkad sebab biasalah single...nk contact siapa, kan kan? :P
Kemudian perjalanan diteruskan sampai satu surau untuk bas parking situ dan juga kami kemas kemas barang yang nak dibawa naik atas. Nak naik atas kena naik 4x4 yang akan bawa dari kaki bukit sampai kawasan yang kita kena hiking sendiri. Ada dalam 20-30 minit perjalanan naik 4x4 tu.

Dekat campsite tu dah siap-siap dipasang khemah kita tinggal duduk je. Aktiviti petang tu just chill chill, naik puncak kejap photoshoot ala cover album and turun semula.

Hasil photoshoot

Lagi hasil photoshoot :P

Malam tu aktiviti BBQ tp geng lelaki jela membako, sebagai perempuan kita makan je ahahha. Sosej cheese Thailand mmg sedap dooh, macam yang korang jumpa dekat kedai mek kelate.
Malam tu hujan lebat, nasib khemah memang kukuh dah, lena jela tidur cuma kadang je sedar.
Esoknya, sesudah subuh hiking lg puncak dengan harapan ada awan karpet. Harapan tinggal harapan jela sebab nya ada kabus je ahaha tapi takpe sebab view dan udara pagi tu sangat menyegarkan. Indah sungguh ciptaan Allah. Brekfast pagi tu pun kt puncak, makan roti bakar dan kopi panas. Lepastu mcm biasa sedikit photoshoot ala cover album :D.





Lepas bergambar itu ini di puncak, kiteorg balik campsite semula dan mula kemas kemas untuk balik. Balik tu pun naik 4x4 jugak nak sampai bawah. Kat surau bawah tu bersihkan diri and sesiap naik bas nak balik Malaysia. Very short but sweet trip. :)