Pulau Sapi, Sabah

11:10:00 pm 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum..

fuyooo berdebu lama gila tak update dan tak up to date. Jadi sempena dah hantar thesis fasa I ni dan sementara nk tunggu viva, marilah kita rajinkan jari menaip entry Pulau Sapi.

Here we go..

Ok sebenarnya pergi pulau ni awal tahun ni bersama #teambaliklambatsebabfyp. Plan tak plan sangat lah since kiteorang pun jenis main redah je. Lagipun pulau tu dekat KK je kan so leklek jela. Let the picture do talking jela since rasa hambar pulak kata kata den ni :P

Oh btw as a food science student kan, kiteorang siap ready lagi bekalan untuk picnic masak sampai 3 pagi kot sebab makanan kat pulau boleh dikatakan mahal dan kami pulak mengamalkan konsep berjimat. luls. Lagi-lagi bagi student kan. So, pepandailah..


kali kedua bergambar kt sini, first time dulu masa nak pergi Pulau Manukan :D


Sesampainya kami di jeti, kami terus ke 7E sebab nak beli roti and mineral water. sangat teramat penting okay air mineral lagi lagi nk pergi pulau nanti dehydrated. Bukan boleh minum pun air masin. huhu. Lepas je siap beli barang terus ada org approach kiteorang tanya nak pergi pulau ke (nampak macam pelancong sangat ke). Tapi, to be safe, kena pandai pilih agen dan pakej jugak. Kiteorang pun berpecah kat jeti tu semata mata nk bandingkan harga. Well, nama pun student. Last2 kiteorang amik pakej bro yang approach pada mulanya tu lah. Standard harga utk bot sahaja pergi balik RM30 lebih kurang lah. + RM15 untuk snorkeling set. Tapi kiteorang setelah berbincang siap pinjam kalkulator kaunter dapatlah less RM2 utk tiket tu dan kenyit mata sikit dapat less jugak utk snorkeling set. (sebab zayani pakai lipstick merah. huhuhu)

usually pakej agen dekat sini semua untuk 3 pulau, Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Gaya kalau tak silap. Pakej 3 pulau tu best kalau nak island hoping. Since kiteorg pergi saje saje mengisi masa lapang sebab takde lab, kiteorg pergi satu pulau je, nak santai je kan..


oh ya nama agen yang kiteorang ikut ni SUNNY RAINBOW.

sorry gambar atas bot takde sebab layan tido :P (and the view of course)

"Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"



HELLO SAPI ISLAND !

So ni lah pemandangan Pulau Sapi lebih kurang Jam 9 am. 



Sesampainya kami kat pulau ni, benda first yang di cari ialah..... port nak makan of course.. penat kot masak lama lama siap stay up lagi kalau tak makan.. muehehe

Of keropok ikan (tajuk fyp aku pulakk), spaghetti goreng, sambal tumis ikan bilis dan roti 7E.

We ols tak hirau keadaan sekeliling pun masa ni, sampai lah brader bot kiteorang datang dan, "kamu nda mau parasailing? banana boat?" 

Dengan mulut penuh masa tu pandang satu sama lain angkat angkat kening (fikir ada cash ke tidak.. hahahah). Lepas bincang terus lah dapat harga parasailing RM65 + Rm30 utk banana boat. Punya lah gelabah wanita wanita di atas topup duit sebab masing masing bawak duit ngam2 je (bukan pergi shopping complex *flips shawl*)

So lepas makan kiteorg pun jalan terkedek kedek pergi jeti dan tunggu bot utk parasailing. Bila dah naik bot tu mula lah rasa nk muntah and rasa mcm "betul ke keputusan aku ni?" eh over betul bukan pergi berperang pun. Mungkin it is for the first time kan, yela semua benda pun kena ada first time. ihiks.



saya lah tu disaaaaanaaaaaa tu

that moment bila kau kena rendam tanpa persediaan.....

Parasailing was nice, kalau kau tak gayat lah. Mcm naik buai je siap nyanyi nyanyi lagi dekat atas tu. huhu tapi masa ni KK agak hazy sikit tak dapat tgk view bandar dengan jelas. Masa kat atas tu nampak lautan luas yang buat diri ni rasa kerdil sgt Masya-Allah..

So next, another kerja gila dibuat oleh 5 sekawan ni ialah banana boat. Yang pandai berenang dan berani cuma seorang je, yang lain buat buat berani. Siap pesan awal awal kt brader bot "JANGAN JATUHKAN KITEORANG DALAM AIR !" (repeat sampai penat).





Banana boat pun best jugak. Kemain kiteorang gelak sebab ingat mcm scary sangat, oh biasa je rupanya. Atau sebab tak kena humban dalam air? *pondering*...


Yeay dah habis sesi merentungkan diri, maka... snorkeling lah kita.. sorry takde gambar snorkeling sebab semua pakai hp biasa jeee.

Nak cerita pasal snorkeling lelebih tapi takde yang menarik pun, sebab kawasan untuk snorkeling tu tak banyak ikan.. but... 



of Fatin Nabilah, Atipah, anak ikan dan roti 7E
Apa salahnya kan gais berbagi rezeki.. ikan ikan ni berkumpul terus kalau ada makanan. Banyak pulak tu. Nampak keceriaan di wajah kanak kanak riang (rujuk gambar diatas) bila ada ikan datang dekat. hehehehe..


So lepas settle semua dah pusing pusing pulau dalam jam 2 ptg mcm tu kiteorang pun siap siap nak balik semua. Dekat pulau ni ramai sangat foreigner, jadi penjagaan mata harus diutamakan. kahkah
Since tak banyak gambar yang nampak view cantik, masa nak balik tu ada lah 2,3 keping je gambar. 

Non-edited version of the view. Beautiful isn't it?


Jadi dengan itu, tamatlah short escape kami ke Pulau Sapi. Nak pergi hari Ahad, Sabtu pagi still tanya, jadi ke esok? hahaha

Trip singkat mcm ni lah yang buat kita kenal kawan kita sebenarnya. They are really good friends. Macam macam aktiviti pun still remind utk jaga aurat, dan paling penting jaga solat. :)

Sekian. will be update about Semporna soon. In shaa Allah.
Thanks for reading. 


.wany.