Semporna, Sabah

2:50:00 am 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum..

Sem 8 punya midsem break, kiteorang plan nak pergi Pulau Bohey Dulang. Actually lama dah simpan hajat nak pergi since sem 5 lagi. Tp tu lah manusia merancang je kan, Allah tentukan.

So total loss utk ke Semporna secara kasarnya RM400. We paid RM310 utk pakej 4 pulau + makan tghari dan breakfast serta transport. Transport pulak the boys yang cari so aku tak amik port. huhu. 
Alang alang dah belajar kt sini, time ni jela nk cut cost nya pun. Kalau dari semenanjung semata mata nk pergi pulau, memang lambat lagi lah. 

Itenerary :

Jumaat 8 April 2016

11.50 am : Bertolak from KK
3.50 pm   : berhenti solat @ Keningau / makan
10.30 pm : Arrival @ Tawau / makan malam
2.00 am   : Check in Marina Hotel dan tido semahunya



Makan dekat kedai apa tah @ Tawau ft Muka penat. blkg tu van kiteorg. eceh mcm beli terus

Masa makan tu masing masing beremosi betul sebb order takde lah apa lah. Tak sedap pun ye jugak, masuk angin pun ye jugak. Tapi masa ni sesape complaint pasal makanan memang layak kena lempar dgn pinggan. Masa makan semua orang senyap. Huhu



Sabtu 9 April 2016

7.00 am : Jeti awam Semporna/ bertolak ke Pulau Mabul
9.00 am : Breakfast @ Pulau Mabul/ ice breaking w guide, ambil snorkeling set gerak ke Pulau Kapalai & snorkeling sampai rentung
11.30 am:Lunch @ Big John Scuba cafe, Mabul/ Solat zohor
2.30 pm  : Snorkeling @ Pulau Mabul sehingga makin rentung
3.30 pm : Tea time
4.00 pm : Balik lah gaiss..


Jeti Awam Semporna. Group photo is a must.
Brother John uhukss

So, dua org dari kiri tu org yang diamanahkan utk bawak kiteorg ke pulau, wee~
They are nice guy and suka bercakap yang tak buat semua org awkward. Oh btw ni under agen BIG JOHN SCUBA which is very recommended kalau nk guna service dia. Tiptop baq hanggg !


Pulau Kapalai. Belakang tu resort 1 malam almost RM700. Kau mampu?

Sebenarnya snorkeling dekat sini semuanya dekat laut dalam. Utk beginner mcm aku yang biasa main pasir je ni agak ketaq lah lutut. Sampai aku cakap taknk turun. Tp sebab guide guide yang berkarisma, buat aku turun jugak lawan ketakutan. It was nice, to look at another version of life or to be exact Marine Life. Snorkeling dekat laut dalam mcm ni payah lah nak dapat selfie dengan corals, tp best sebb dapat tgk ikan banyak besaq2.. bukan jaws lah yang penting :P



Group photo dalam bot pulak. Suka hati je mintak foreigner tangkapkan gambar :D
Mabul, 6 ketul yang kian rentung.

Masa ni air surut so boleh nampak tapak sulaiman n kalau nak pegang boleh je pegang huhu.. The food provided was nice and sedap (tak sempat amik gambar makanan,lapar sangat). Buffet style. Selalunya dekat KK payah sangat nk jumpa ikan, makan kt sini ha banyak ikan dia bg. Buah buahan pun banyak jenis. Sedap. Paling best bila owner resort bg tumpang bilik buat solat. Absolutely he is not a Muslim, but he respect other religion pretty well. Ini yang kita nak :)


Snorkeling around Mabul

Jaga jaga jangan sampai terpijak
ikan tak banyakkkk
Masuk check point ke tiga ke aku dah give up. Bukan sebab apa, sebab kulit rasa pedih sangat tahap nak nangis punya pedih. Dah terbakar tahap dah masak serta boleh makan agaknya. Takpe nantikan gambar keterbakaran kami *muka nangis*


Ahad 10 April 2016
7.30 am : Jeti awam Semporna/ Bertolak ke Pulau Bohey Dulang
8.30 am : Daftar nama, bayar yuran & daki @ Taman Tun Sakaran
10.00 am : Sampai puncak gaisss/ ambil gambar lompat lompat guling guling dan turun semula
12.30 pm : Bertolak ke Pulau Sibuan
1.00 pm : Lunch underneath "pokok kelapak"
1.30 pm : Main air semahunya
3.30 pm : Bertolak balik


Teaser Pulau Bohey Dulang
Another group photo sebelum mendaki
Welcome to Pulau Bohey Dulang !


Basically normal policy utk masuk taman taman negara ialah, daftar. So sebelum kiteorang sampai lagi dah kena bg details dekat agen so dieorg yang akan arrange entrance fees kita semua. Rasanya fees utk masuk sini dalam RM3 je. Utk mendaki please make sure yang korang pakai kasut sebab pihak pulau tak bertanggungjawab k gais and jangan menyesal pulak kalau pakai selipar naik tu..

10 M menuju puncak :P

Teaser trail sikit. kita bg view yg lawa je. Yg tak lawa utk stamina kita simpan huhu

.
.
.
.
.
.
.
.


AND FINALLY.......!


Top View of Pulau Bohey Dulang
Lanje lagi satuuu

Tipu sangat lah kalau tak rasa give up nak naik 600m tu dengan darjah kecuraman almost 45. Bila fikir balik bila lagi kan nak sampai. 

masa dah sampai atas & tengok view dia.. Subahanallah lawanya.. tak menyesal naik, hilang segala penat. Rasa excited gila sebab selama ni tgk org upload dekat backpackingMY je harini tgk dengan mata sendiri. *nangis air mata darah*

Ape lagi kan?

Masa on the way turun tu jumpa lah ramai lagi manusia yang nak tgk keindahan alam ciptaan tuhan ni.. 



Next...
.
,
.
,

Pulau Sibuan


Dalam gila sedalam lututku :P
Jejemahku yang kusayangiii


Banyak kali kiteorang buat attempt nk selfie dalam air. Hasilnya, hampehh hahahaha. Sibuan is no joke. Pulau ni belum naik lagi, pokok pun takat pokok kelapa je. Panas dia ya Allah tak terkata. Sebab tu sampai berjam jam berendam sebab taknak panas. huhu. Sekali keluar terus bertukar warna *muka nangis lagi*


Kalau cakap pergi Maldives over tak gais? 



After the sunbathing. hahaha nasiblah labuuu~



So sekian sahaja kisah kami di Semporna. In shaa Allah ada rezeki sampai lagi. Dengan siapa lepasni tak tahu lah. Harap panjang umur nak tgk benda cantik2 kt Sabah ni :)

Thanks for reading ! till next time guys. xoxo.


.wany.









2 Stalker

Write Stalker
Cik Jaja
AUTHOR
17/05/2016, 11:47 delete

tung aaaa banyak pulau dah pi, cikja entah bila la haha

Reply
avatar
28/08/2019, 12:06 delete

Terima kasih la sebab buat muka saya mcm jep dkt depan tu😆

Reply
avatar