Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu. 7 Julai 2019

6:40:00 pm 1 Comments A+ a-

The best view comes after the hardest climb!

Assalamualaikum readers! Hai kalini nk update tentang hiking kat Bukit Kutu yang terletak di Daerah Kuala Kubu Bharu pulak. Actually rasa nk mengelat taknak update pasal Bukit Kutu ni sebab kawan I dah update kt blog dia jajakaktus.blogspot.com. Tapi dengan sedikit kekuatan yang ada, kita update jugak lah haha.
Sebelum Bukit Kutu ni kami berempat naik Gunung Datuk dulu (nanti update), kira Bukit Kutu ni tempat kedua kami berempat mendaki bersama. Gituu.

Untuk ke Bukit Kutu ni, kami gerak dari Kota Damansara lepas subuh. Kami waze Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu. Bayaran masuk hanya RM1 setiap seorang. 

Okay guys I actually dah lupa apa kronologi yang berlaku. kahkah siapa suruh lambat update. Dari parking kereta kami jalan je terus meniti sungai dan akan jumpa beberapa simpang, sekali jumpa simpang memang kena ambil kanan sahaja, tanpa jemu ya. Kalau tak ikut cakap, ha, sampai Gunung Rajah lah nanti. Hahaha

Dari parking akan nampak jambatan ni, jalan je menyeberangi sungai itu ya. Kat jambatan ni masih boleh catwalk tau.
Tengok tu model I catwalk. Sangat tenang ya disitu.

Jambatan kedua. Model ni memg sejenis tak tenang bila nampak air. Hahaha

Akan melintasi sungai dibelakang itu ya. Masa ni boleh lah nk redah bersama kasut atau tanpa kasut. 

Okay lepas je anak sungai yang last tu kami dah mula drama, betul-betul lepas sungai ni ada dua jalan, satu mcm naik ke atas bukit, satu lagi terus je jalan balak. Kami dengan penuh keyakinan dan kesyukuran pun berjalan lah terus ikut je track balak tersebut. Pada mulanya semua indah belaka, hampir 40 minit berjalan, ada seorang pakcik orang asli ni tanya, nak naik Rajah ke? Kiah pun berkata, tak, naik Kutu. Kemudian, pakcik tu pun berkata, kutu kena naik jalan depan sana. LOL padan muka siapa suruh yakin. 40 minit wehhh membazir. Hahaha. Jadi, kami pun berpatah balik dan ketika berpatah balik tu, ada seorang uncle dan kawannya pun sesat jugak! huhuhu. Jadi kami pun bersama sama berpatah balik pergi dekat anak sungai yang last tadi.

Hint: untuk ke Bukit Kutu, akan jumpa 3 simpang Y dan ambil simpang kanan untuk ketiga tiga simpang Y tersebut. 

So, ni jalan yang akan dilalui setelah kita mengambil semua simpang dengan betul ya. Hahaha

Kiah di dalam hati: "Kenapa aku tak duduk rumah je tidur?"

Actually lepas je salah jalan tu mood dah merundum teruk, rasa mcm malas nk teruskan huwaaa. Tapi sebab fikir Sue datang dari Terengganu nk hiking, kita buat jugak. Masa jumpa jalan tu around 9 ke 9.30 macam tu. Ikut pengalaman orang lain naik sahaja dekat 3 jam setengah ke 4 jam. Ikut pace kami ni kira boleh lah target around that time. Redha je masa tu harap tak turun time dah gelap.

Meniti titi lagi.

Bila dah sampai titi kat gambar atas ni, percaya lah bahawa kalian berada di jalan yang benar. The real hike begi after titi tu sebenarnya. Sebelum sampai sini jalan biasa je santai trek balak.

Bila dah nampak akar cantik ni, sila tarik nafas panjang dan bertenang seketika, sebab lepasni memang tak tenang, huhuhu


Take 5

Jarang nk upload gambar ontrack sebab benyai dia memg asli. Hahahaha

Sis cek lutut ke tu?

Up Up and awayyy~~~

Benda paling kelakar masa ni, kami berempat stop kt balak yang tumbang, then I minta air 100 plus Yaa sebab malas nk ambil dalam bag. Masa buka penutup air tu rasa lemah tangan nk genggam kuat-kuat, maka penutup tu pun jatuh elok lalu depan Sue dan Kiah. Respon dieorg berdua cuma tengok sambil mata ikut je arah penutup botol tu. Bila penutup tu berhenti, semua orang gelak sebab penat nk kejar hahahaa. Even sekarang pun kalau buka penutup air 100 plus, masih terkenang kenang betapa lemahnya waktu tu. 

Berhenti rehat kt Gua Kambing pula. Masa tu ingatkan ni Batu Tedung, sebab orang kata kalau dah sampai Batu Tedung, kita dah mendaki sebanyak 60% daripada seluruh Bukit Kutu.

This is Batu Tedung, tengok bentuk dia macam kepala ular tedung kan.
Masa dah sampai Batu Tedung tu rasa lega sangat, walaupun tak tahu track dia macam mana lepasni, still rasa happy sebab dah nak sampai. Hahaha, kami jalan je macam biasa sampai atas tu, then bila dah nak sampai puncak, ramai dah pendaki yang turun. So maknanya memang kami lambat lah kan? Lagipun masa tu dah tengahari around 12.30pm. 

Yeay sampaiii. Betulkan tudung bagi onpoint dan pakai liptint supaya berseri hahaah

Chimney kot nama dia? 

Ni tempat nk lepak-lepak makan sebelum naik puncak.

Puncak Bukit Kutu ni kecil je, tempat untuk bergambar, view 360 darjah memang worth the whole hike. Kalau nk lepak-lepak makan, solat, tidur boleh lepak kat bawah puncak tu. Sebenarnya kat Bukit Kutu ni ada tapak banglo lama yang ditinggalkan, kena turun bawah sikit ikut jalan lain. Kami tak pergi sebab macam dah lewat je. Maybe next time KALAU repeat baru kita visit banglo tu.



Pewai tunggu turn naik puncak. luls

Uncle yang sesat bersama, dipuncak pun bersama. Haha

Nak naik puncak kena panjat tangga bomba tu. Ketaq lutut kugagahi jua...

Idola hiking 1 : Sue

Idola Hiking 2 : Kiah

Idola Selamanya : Yaa

Idola Hiking Gayat : Wani

View dari puncak boleh nampak bukit-bukit sekitar Kuala Kubu Bharu dan juga nampak empangan di Kuala Kubu Bharu. Adalah 3 minit I kat atas tu, redho jela gambar buruk pun hahahah. After all, Bukit Kutu can't be considered as a leisure hike, untuk hiking Bukit Kutu pun kena ada preparation. Track dia memg bukan biasa-biasa, takde pun yang menurun, semua mendaki. Huhu


Ni je gambar yang ada masa menuruni Bukit Kutu, lutut semua longgar tau hahaha
Masa dah sampai bawah tu sebenarnya lagi mental masa naik, kaki dah lenguh, badan dah penat, mata dah ngantuk. Mental sebab trek balak tu rasa jauh beno lahai, dengan lumpur buat kasut berat dan kaki malas nk melangkah. Tetap jugak jalan slow slow. Bila dah sampai sungai yang last masa nak naik tadi tu leganya lahai. Lepastu bila dah sampai kereta, uncle yang jumpa masa naik tadi tu tegur lagi. Hahaha comel je perangai. So tamatlah episod pewai bersepai Bukit Kutu, rasa nak marah je dengan orang yang bg idea Bukit Kutu ni. Kahkah. Oh by the way, untuk naik Bukit Kutu ni perlukan permit tau, buat application kt Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor, nombor telefon 03-60916131. Terima Kasih dekat Sue sebab dia yang uruskan permit semua. Hahaha lepasni boleh lah jadi gogo buat trip kahkah.

Till next time readers!

Mental Tu Simpan Sikit!




Bukit Batu Chondong, Ampang. 30 Jun 2019

3:31:00 pm 2 Comments A+ a-

Of all paths you take in life, make sure a few of them are dirt 
-John Muir

Assalamualaikum readers!

Sampai mood nak menaip, kita kena terus buat tanpa fikir apa rintangan mendatang, tiber..

Kali ni nak update tentang Bukit Batu Chondong yang terletak di Daerah Ampang. Untuk sampai ke starting point Bukit Batu Chondong ni, hanya perlu waze ATV Kemensah. Kita akan melalui jalan masuk ke Zoo Negara dan akan terus melalui jalan Kg. Kemensah sampai lah jumpa parking kereta. Boleh je nak parking tepi jalan, tapi sebab jalan sempit dan taknak ambil risiko kereta kena langgar, jadi kami mengambil keputusan untuk parking di kawasan parking yang disediakan dengan bayaran sebanyak RM3 sekali masuk. 

So, this is our very first hike selepas raya tahun ni. Saje lah try stamina so pilih bukit je, rupanya hahaha mampu gelak jela. Dari tempat parking kereta tu, kena jalan patah balik turun bukit untuk ke starting point.

Jalan turun bukit sikit..

Ini lah rupa starting point tersebut.

Malam sebelum hiking tu hujan rasanya, so track agak licin dan berlumpur. Track dia tak panjang pun, akan melalui kawasan pokok buluh dan batu-batu yang kena panjat. Ada tali yang disediakan, hanya perlu barhati-hati saat melangkah, supaya tak jatuh. Kalau jatuh dalam hati I takpelah. Hiks.

Jalan bawah ribunan pohon buluh. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Hati-hati ye, ingat sikit, jatuh kat hati I takpe. haha

So actually masa turun we found other alternative track. Haha punyalah gigih masa naik tadi. 


Lagi satu, ni pun sama jumpa jalan lain masa turun. Huh!
Lepas je panjat batu yang last tu, terus je puncak. View memang amazing and superb! Rasa macam bestnya lahai tengah-tengah Kuala Lumpur pun boleh dapat view macam ni, pakej nampak KLCC tau dari puncak.

Budak ni tak tahu erti gayat ke?

Budak ni sentiasa tahu apa itu gayat. Hahahaha

Aduh, anak siapa ni ayu benoooo. Berminat boleh pm.


Ni view belah kanan, nampak hutan dan kehijauan, view belah kiri pulak kat puncak lagi satu, kena jalan sikit dari puncak yang ada plate ni.


View belakang tu nampak KLCC. 

Effort is everything sis.
Overall, nak naik Bukit Batu Chondong ni sekejap je dalam 30-40 minit, turun lagi sekejap dari naik. Kiteorang lepak dekat puncak dekat 1jam, pakej sunburn. Hahaha


Gambar masa turun, cam biasa minta random strangers. Haha

Okay itu sahaja untuk catatan Bukit Batu Chondong kali ni. Untuk leisure hike sangat lah sesuai sebab view pun boleh tahan cantik, cuma perlu berhati-hati masa nak naik batu tu, jangan seronok sangat okay? 


Till next time readers!









Gunung GAP - Gunung Ulu Semangkuk, Bukit Fraser

11:15:00 am 0 Comments A+ a-

A good friend listen to your adventure, a best friend make it with you!

Hai Assalamualaikum,
Kembali semula bersama saya dalam rancangan, baca ape tewwww?  Haha amende lah perangai.

Ok dah 3 tahun lebih tak update, last update masa I busy final year dah lepas hantar draft FYP, time tu baru ada masa nk update. Bila dah habis study pulak, Lepastu terumbang ambing mengukuhkan kerjaya, dan mencari topik apa nak update, so now dah boleh lah mula semula. Restart orang putih kata. Eleh poyo.


So guys, kembali kepada rancangan kita tadi, sebenarnya Ulu Semangkok ni random je, I takde plan hiking pun bulan 8, sebab ingat nak tidur je on weekend, hahaha

It was started dengan satu tweet I buat, 




Jadi korang nampak tak betapa randomnya kami, mana ada plan awal-awal semua. Main redah je yang penting sihat masa nak hiking tu, huhu

Then weekend tu bermula lah seperti biasa. Lepas solat semua sesiap, bila keluar rumah tgk hujan je, tapi kiteorg gerak jugak dari Kota Damansara pergi ke Kuala Kubu Bharu tu. Sampai sana Alhamdulillah tak hujan dah, tapi awan masih mendung. Untuk starting point ni kiteorg waze je Gap Resthouse, Bukit Fraser. Boleh parking kereta kat tepi jalan je and ada starting point belah parking kereta tu juga.

Tu parking kereta, starting point kena jalan kesana sikit, belah kanan.

Kiteorg mula mendaki jam 9.50 pagi macam tu. Haha lewat wehh pukul berapa nak turun ni. So ni starting point untuk Gunung Gap & Gunung Ulu Semangkok 

Starting point, memang takde marking apa-apa pun.

So lepasni kita letak gmbr jela kalau ada hahaha. Untuk track ke Gunung Gap ni memang menguji keimanan dan ketaqwaan masing-masing ya. Kemain semua mengucap panjang dengan track pacak takde diskaun year end sale.


Lihatlah track pacak itu...
Landai sikit-sikit je. Kiteorg ambil masa dalam satu jam untuk sampai kt puncak Gunung Gap. View dia Subnahallah cantiknya lahai. Dengan sejuk2 pewai tu layan gak lahh. Stop sini kejap 15 minit layan perasaan dan ambil gambar then sambung melangkah ke Ulu Semangkok.

Hijau dan tenang.

Fresh air, feeling pulak sis ni. 

Lapar sebab tak breakfast, minum susu je sebelum naik. Huhu

Sebelum tu akan ada pit stop Ulu Tranum Forest Reserve. Disebabkan baru lepas hujan, view semua kabus dan angin kuat sejuk dia sampai tulang (nasib I banyak lemak), lepak kt situ kejap dalam 10 minit lepastu sambung mendaki. 

Kabus menyelubungi kami, angin kuat sejuk dia Masyaallah.

Basically untuk ke Ulu Semangkok ni track pacak tak banyak, santai dan landai sikit dari nk naik Gap tadi. Tapi once dah sampai satu track pacak teruk tu, ha maksudnya memang dah nak sampai puncak Ulu Semangkok lah tu. Takde pulak gambar nak selit sebab fokus macam mana nk naik dengan track licin macam tu, after all, we still survived!
Bila dah sampai puncak, korang akan nampak beirut dan belah kanan korang ada denai tempat view. wuhuuu.

The Famous Place to pose in Ulu Semangkok I guess? haha

Memang sejuk, lagi lagi musim hujan macam sekarang.

I gayat, so camtu je mampu :P

Dah sampai puncak tu actually kiteorg makan dulu baru bergambar, hello mana ada mood nk bergambar kalau lapar? hahaha 

We took around 3 jam juga nak sampai, sebab kat atas tu dah pukul 1pm, most of the group semua dah nak turun, sebab cuaca memang nampak macam akan hujan bila-bila masa je. Dah makan apa semua, pukul 2pm kami pun bergegas turun selow selow tetap selow, santai santai (eh).

Turun macam lagi mencabar je dari naik? Siap pakej lutut bergegar setiap kali stop. Hahaha tapi takde lah mental sangat, ngantuk sepanjang masa sebab sejuk. Setiap kali melangkah balak, setiap kali tu stop sebab kaki tak bg kerjasama weh! 

Finally kiteorang sampai bawah safely around 5pm and terus pergi pekan KKB untuk solat dan of course makan! hekhek tambah balik kalori yang dibakar huhuu.
Ok I dah penat nak taip, hopefully I akan sentiasa update pasal hiking since banyak gila post tertinggal :P

Till next time readers!

Fikri the Idola Running

Iylia the Idola Hiking

Kiah yang lapar tiap masa

Wani yang bersepai. kahkah