Bukit Batu Chondong, Ampang. 30 Jun 2019
|
Of all paths you take in life, make sure a few of them are dirt
-John Muir
|
Assalamualaikum readers!
Sampai mood nak menaip, kita kena terus buat tanpa fikir apa rintangan mendatang, tiber..
Kali ni nak update tentang Bukit Batu Chondong yang terletak di Daerah Ampang. Untuk sampai ke starting point Bukit Batu Chondong ni, hanya perlu waze ATV Kemensah. Kita akan melalui jalan masuk ke Zoo Negara dan akan terus melalui jalan Kg. Kemensah sampai lah jumpa parking kereta. Boleh je nak parking tepi jalan, tapi sebab jalan sempit dan taknak ambil risiko kereta kena langgar, jadi kami mengambil keputusan untuk parking di kawasan parking yang disediakan dengan bayaran sebanyak RM3 sekali masuk.
So, this is our very first hike selepas raya tahun ni. Saje lah try stamina so pilih bukit je, rupanya hahaha mampu gelak jela. Dari tempat parking kereta tu, kena jalan patah balik turun bukit untuk ke starting point.
|
Jalan turun bukit sikit.. |
|
Ini lah rupa starting point tersebut. |
Malam sebelum hiking tu hujan rasanya, so track agak licin dan berlumpur. Track dia tak panjang pun, akan melalui kawasan pokok buluh dan batu-batu yang kena panjat. Ada tali yang disediakan, hanya perlu barhati-hati saat melangkah, supaya tak jatuh. Kalau jatuh dalam hati I takpelah. Hiks.
|
Jalan bawah ribunan pohon buluh. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. |
|
Hati-hati ye, ingat sikit, jatuh kat hati I takpe. haha |
So actually masa turun we found other alternative track. Haha punyalah gigih masa naik tadi.
|
Lagi satu, ni pun sama jumpa jalan lain masa turun. Huh! |
Lepas je panjat batu yang last tu, terus je puncak. View memang amazing and superb! Rasa macam bestnya lahai tengah-tengah Kuala Lumpur pun boleh dapat view macam ni, pakej nampak KLCC tau dari puncak.
|
Budak ni tak tahu erti gayat ke? |
|
Budak ni sentiasa tahu apa itu gayat. Hahahaha |
|
Aduh, anak siapa ni ayu benoooo. Berminat boleh pm.
|
Ni view belah kanan, nampak hutan dan kehijauan, view belah kiri pulak kat puncak lagi satu, kena jalan sikit dari puncak yang ada plate ni.
|
View belakang tu nampak KLCC. |
|
Effort is everything sis. |
Overall, nak naik Bukit Batu Chondong ni sekejap je dalam 30-40 minit, turun lagi sekejap dari naik. Kiteorang lepak dekat puncak dekat 1jam, pakej sunburn. Hahaha
|
Gambar masa turun, cam biasa minta random strangers. Haha |
Okay itu sahaja untuk catatan Bukit Batu Chondong kali ni. Untuk leisure hike sangat lah sesuai sebab view pun boleh tahan cantik, cuma perlu berhati-hati masa nak naik batu tu, jangan seronok sangat okay?
2 Stalker
Write StalkerLeisure hike laaa untuk idolaaa😝
Replyhahahah biasa jelaaa. jom next time
Reply