PENGALAMAN CAMPING PERTAMA KALI DI SEKAWAN CAMPSITE, GUNUNG PULAI
Assalamulaikum pembaca sekalian,
Posting kali ini I nak share tentang pengalaman first time pergi camping. Lah, padahal baca tajuk pun dah boleh tahu kan? hahaha.
Okay macam mana terdetiknya camping ni?
Sebenarnya bermulanya perjalanan camping ni bila I request dengan suami I. For my birthday trip, I nk camping je. Suami I setuju dengan permintaan tu, jadi I pun excited lah kan pergi cari barang camping. Kebanyakan barang camping yang I dan suami guna from shopee je, and beberapa barang yang kami beli dekat Cowboy Cawangan Kulai.
Antara barang-barang yang kami beli untuk pertama kali camping ni ialah:
- Khemah (muat untuk 3-4 orang)
- Flysheet (untuk jadikan bumbung)
- Groundsheet (untuk alas khemah)
- Tali tebal
- 2 pcs pole
- Kerusi Camping
- Set memasak camping
- Stove & butane gas
- Lampu camping
List dekat atas ni semua basic je untuk camping. Masa ni kami tak fikir lagi pun untuk jadikan camping sebagai hobi, sekadar nk cuba je. Khemah pun beli yang harga mampu milik je 😅
Tapak perkhemahan pilihan kami untuk kali pertama ni ialah di Sekawan Campsite, Gunung Pulai Johor. Untuk harga tapak ialah RM60/malam. Dia cuma kira harga tapak tanpa kira berapa orang. Satu tapak untuk satu khemah.
Sebenarnya pertama kali camping ni pada tarikh 8-9 Oktober 2022. Selepas hampir setahun baru I terbuka pintu hati nk buat post 😂
Pada hari kejadian, berangkat lah kami ke tapak perkhemahan yang jaraknya lebih kurang satu jam dari rumah. Untuk pacak flysheet pertama kali sangatlah sukar, masa tu kami taktau pun peg yang percuma dapat dari pembelian khemah/flysheet tu tak boleh guna untuk semua kawasan. Peg tu halus je dan tali yang kami dapat pun halus je, tali tebal yang I beli pulak cuma 2pcs je hahaha. Tapi I dan suami redah jela kalau roboh kita kemas-kemas dan balik 😹
Alhamdulillah, selepas beberapa lama, berdiri juga flysheet kami walaupun senget hahaha. Tapi takpelah sebab newbie kan.
Nampak kan senget tu? tapi takpe I bahagia, tengok tetap sengih walaupun senget 😂 |
Menu camping pertama kali pun biasa2 je, untuk malam kami makan oden & daging grill. Untuk sarapan pula I masak french toast (wah, gituuu).
Sebelum pergi camping tu ada juga risau macam mana kalau hujan? Hari kedua tu pukul 6 pagi hujan turun agak lebat. Nasib baik kami camping tepi sungai, yang mana angin nya takkan sekuat pantai. Alhamdulillah khemah kami kukuh je sampai pagi tu, cuma susah sikit nk mengemas bila barang-barang dah basah kan 😅
Kat sini ada lagi satu barang penting yang I rasa wajib ada, kain buruk untuk lap khemah. Kain jenis microfiber yang serap air. Masatu kami cuma bawak 2-3 helai kain tp tak menyerap air. 😂😂😂 jadi kalian bawa lah kain lebih, kalau hujan mmg perlu untuk lap khemah.
Memandangkan first time camping, I pun tak banyak capture gambar campsite, tp I letak juga lah apa yg ada untuk tatapan korang.
That's all untuk cerita pengalaman camping pertama kali ni, In shaa Allah jika ada kerajinan I akan update untuk camping-camping seterusnya. Doakan I okay? hahaha